Monday, January 5, 2009

Thursday, January 1, 2009

Pameran Senjata Tradisional 'Misteri dan Kesaktian'


Pameran Senjata Tradisional 'Misteri dan Kesaktian'



Tarikh: 16 Disember 2008 - 20 April 2009

Lokasi: Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia

Synopsis
Senjata tradisional warisan turun temurun cukup kaya dari segi nilai sejarah, budaya, puitika dan estetikanya. Senjata dalam konteks umum amat rapat hubungannya dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan. Fungsinya berkembang, antaranya sebagai barang pertukaran dagangan, hadiah tanda persahabatan antara kerajaan (hubungan diplomatik), simbol kekuasaan dan ketuanan selain dari fungsi mistik dan kuasa supraintrinsik. Kini senjata tradisional mendapat tempat yang istimewa sebagai sebuah karya seni yang halus dan indah buatannya hasil dari perubahan pemikiran masyarakat serta ketinggian kreativiti dan daya cipta masyarakat pembuatnya.


Pelbagai polemik timbul apabila memperkatakan mengenai senjata tradisional. Di kalangan masyarakat Melayu, senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik, tumbuk lada, rencong, lading dan banyak lagi dikaitkan dengan satu unsur ‘kuasa’ yang menampakkan ‘kehebatan’, ‘kekuatan’ dan ‘keistimewaan’. Di antara banyak di dalam kelasnya tersebut, keris mendapat tempat yang utama dan sering saja dikaitkan dengan unsur kuasa, magis dan sakti, justeru melahirkan ruang lingkup ‘misteri’ yang belum ada titik jawapannya. Pada sebilah keris juga dikatakan terletaknya tuah darjat, sial malang serta ketuhanan dan falsafah.


Pameran ini mengundang pengunjung merasai pengalaman dan menimba pengetahuan daripada sejumlah koleksi terbaik senjata tradisional yang dapat dihimpunkan. Turut diatur adalah pelbagai aktiviti lain seperti jualan, demonstrasi, pertandingan, seminar dan lain-lain yang semuanya berada dalam ruang lingkup pameran ini kelak.
Kunjungilah Muzium!!!

Selamat Datang

Selamat Datang